ILHAM ASMAUL HUSNA SEBAGAI KREATIVITI KARYA SASTERA DALAM MEMBANGUN PERIBADI PENGARANG PADA ABAD 21
Abstract
Kebanjiran karya sastera di pasaran kini sangat membanggakan lantaran pelbagai genre yang disalurkan kepada khalayak pembaca. Kepesatan industri penerbitan yang wujud seumpama “cendawan tumbuh” turut membangunkan peluang pekerjaan sekali gus ruang peningkatan ekonomi negara. Namun, kebimbangan terserlah lantaran sebahagian karya sastera yang muncul tanpa ada kawalan mutunya. Salah satu daripadanya kemunculan novel erotis yang kian berleluasa dibimbangi menghakis keperibadian mulia generasi muda. Isu dan persoalan hanya berlegar sekitar kisah cinta, dan berantakan rumah tangga semata-mata. Berbanding dalam perkembangan dunia sastera, ilham dan kreativiti sangat dititik beratkan dalam membangun sesebuah karya yang dapat mendidik masyarakat. Justeru, sebagai satu intervensi, kajian ini memperkenalkan sebuah kerangka panduan tentang ilham dan kreativiti yang bertunjangkan nilai luhur untuk pengarang menulis. Dalam kerangka ini, ilham Asmaul Husna, iaitu 99 nama Tuhan dijadikan landasan dan pedoman dalam pengkaryaan. Sebanyak 10 nama Tuhan akan dijadikan elemen input dan perbincangan, iaitu al-Badi’ (Yang Maha Pencipta), al-Bari’ (Yang Maha Mengatur), al-Basith (Yang Maha Melapangkan), al-Musawwir (Yang Maha Kreatif), al-Mughni (Yang Maha Pemberi Kekayaan), al-Mujib (Yang Maha Mengabulkan), al-Muqit (Yang Maha Memberi Kekuatan), al-Raqib (Yang Maha Mengawasi), al-Mutakabbir (Yang Memiliki Kebesaran), dan al-Muhaimin (Yang Maha Pemelihara) sebagai ilham dalam menggalurkan kreativiti karya sastera. Kerangka panduan penulisan yang memuatkan 10 nama Tuhan ini akhirnya dijadikan teras dalam penghasilan karya para pelajar dalam program Bengkel Penulisan Karya Kreatif. Hasil kajian terhadap keberkesanan intervensi yang dijalankan ini menunjukkan impak yang positif terhadap penaakulan pelajar dalam merangka bahan penulisan serta halatuju penyampaian mesej yang dapat disajikan kepada khalayak pembaca. Kata kunci: ilham, Asmaul Husna, kreativiti, karya sastera, pengarang, abad 21Downloads
Published
23-04-2026
Issue
Section
Artikel
License
Copyright (c) 2026 Kamariah Kamarudin (Author)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
How to Cite
ILHAM ASMAUL HUSNA SEBAGAI KREATIVITI KARYA SASTERA DALAM MEMBANGUN PERIBADI PENGARANG PADA ABAD 21. (2026). Prosiding Seminar Serantau Isu-Isu Komuniti (SSIK), 1(1). https://jurnal.unaya.ac.id/index.php/ssik/article/view/8194
